Inginku Sandarkan Harapan

Ingin Ku Sandarkan Harapan merupakan album solo studio keempat penyanyi Noraniza Idris yang mana ia album kedua yang dirakam menggunakan lagu-lagu baru dan bukan saduran seperti 2 album pertama beliau. Album ini adalah kesinambungan daripada kejayaan album Mengemis Rindu. Jika sebelum ini Noraniza diberi jolokan sebagai Ratu Ciplak kerana sering merakamkan semula lagu-lagu pop Indonesia, kali ini lagu Noraniza pula dirakamkan semula oleh penyanyi negara tersebut. Lagu Inginku Sandarkan Harapan kemudian dirakamkan semula oleh Ratu Keroncong, Hetty Koes Endang pada awal 90an.

Inginku Sandarkan Harapan

Dikeluarkan pada 22 Disember 1988
Penerbit Omar Taib
Genre Pop, Melayu
Syarikat Life Records